30.12.10

Gembala Kambing

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat di pastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara tu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.

Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). "

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun Islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah Islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun Iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami Islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan ahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala ambing pun bercerita...

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong tu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi amba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!

Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun ampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk Islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.
Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

28.12.10

Keldai dengan serigala.

 Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di di situ,jadi ia dapat meragut rumput dengan senang hati.
''Oh,beruntung sungguh aku hari ini!'' Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparan sedang menuju ke arahnya….
"Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu berjaya mengejar aku,"rungut keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba ke arah seringala.
"Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lari sebaiksahaja ternampak aku?''tanya serigala yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.''Kata keldai dengan berani.
''Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,''kata serigala.''Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan lebih seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku berjaya tangkap kamu,aku akan memakan kamu…''
''Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,''kata keldai,''tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakan aku.''
''Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!''Kata serigala.Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dengan sekuat hati.
''Aaaaaahhhhhhh!''jerit serigala dengan kuatnya.Di sebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya patah. Akhirnya ia lari dengan kesakitan yang amat sangat.''Lain kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu!''jerit serigala dengan marah.

25.12.10

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam


Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut.
Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang datang berhampiran dengannya.
Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaannya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".
Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasaan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asyik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- anggukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.
Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.
Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatannya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.
Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

Pengajaran : Kita tidak boleh bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri . Kita hendaklah memikirkan perasaan orang lain .


23.12.10

LABAH-LABAH BUNCIT


Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah. Sarangnya lebih besar daripada sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang membuat sarang itu. Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu.
Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang. Ia menangkap mangsanya. Binatang yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari semakin besar. Perutnya buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar.
Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah timur dan satu lagi dari arah barat. Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit makan kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba salah. Labah-labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan arah barat. Jiran di kanan pergi ke jemputan arah timur. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.
Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas.
Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya.
Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut labah-labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya pun terhenti. Mereka menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang.
Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu.
Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya membuka ikatan di perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kene cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan genting.


22.12.10

PERAWAN TUJUH BERADIK


PADA zaman dahulu , kononnya ada sebiji buah yang sangat luar biasa . Pokoknya tumbuh di tengah-tengah lautan yang sangat luas . Sesiapa sahaja yang memperolehi buah itu dipercayai akan menjadi amat bertuah .

Maka tersebutlah kisah seorang pemuda bernama Lenggai . Dia berasal dari Kalimantan Barat . Walaupun Lenggai seorang pengembara yang gagah berani , namun dia selalu ditimpa malang .

Pada suatu hari Lenggai membuat keputusan hendak mencari buah ajaib itu . Dia kemudiannya membina sebuah kapal layar dan belayar menyeberangi lautan . Pelayaran itu sangat sukar tetapi Lengai tetap tidak berputus asa . Walaupun telah beberapa lama belayar , namun pokok yang berbuah ajaib itu belum juga kelihatan . Akhirnya , pada suatu hari , setelah hampir tiga bulan belayar , tiba-tiba kapal Lenggai termasuk ke dalam pusaran air yang sangat kuat . Kapalnya berpusing-pusing dengan ligat sekali .
Lenggai sedaya upaya cuba hendak menyelamatkan kapalnya daripada bencana itu . Lenggai hampir-hampir lemas . Tiba-tiba dari percikan yang disebabkan oleh pusara air itu dia ternampak sebatang pokok yang sangat tinggi . Matanya terpaku ke arah pokok itu . Pokok itu seolah-olah muncul dari pusat pusaran air itu . Dia pasti itulah pokok ajaib yang dicari-carinya selama ini .
Kapal Lenggai hampir ditelan pusaran air itu . Pada detik yang mencemaskan itu Lenggai melompat ke dalam air dan berenang sekuat-kuatnya ke arah pokok itu . Setelah selamat sampai , dia pun memanjat ke sebatang dahan yang selamat daripada pusaran air itu dan dia berehat di situ seketika . Setelah bertenaga semula , Lenggai memandang sekelilingnya dan dia ternampak seekor burung yang sangat besar di salah sebatang dahan yang tertinggi di pokok itu . Cengkaman kuku burung itu sama besarnya dengan genggaman seorang manusia .
" Jika aku dapat memegang kaki burung itu , tentu aku dapat kembali semula ke daratan , " bisik hati Lenggai .
Dia pun mula memanjat pokok itu dari satu dahan ke satu dahan sehingga dia berada kira-kira sehasta dari tempat burung itu hinggap . Dengan secepat kilat dia menyambar pergelangan kaki burung itu dan bergayut di situ sekuat-kuatnya . Burung besar itu sama sekali tidak menyedari akan apa yang berlaku kepada dirinya . Setelah beberapa lama kemudian burung itu pun terbang membawa Lenggai yang bergayut pada kakinya . Burung itu terbang dan terus terbang menyeberangi lautan dan merentasi daratan , sehingga Lenggai menjadi sangat letih dan tidak berdaya lagi . Akhirnya burung itu ternampak beberapa ekor lembu . Burung itu melayang turun dan secepat kilat menyambar seekor lembu .
Pada ketika itulah Lenggai melepaskan pegangannya dan jatuh ke tanah dengan selamatnya . Lenggai memerhatikan kawasan di sekelilingnya . Dia sangat hairan melihat kawasan di situ . Lenggai belum pernah melihat tempat yang sebegitu cantik , pokok-pokok menghijau dan berbuah lebat dengan bunga-bunga kembang berseri . Lenggai terus berjalan dan akhirnya dia tiba di suatu lorong yang ditumbuhi bermacam jenis bunga yang berwarna-warni . Dia mengikuti lorong itu lalu terjumpa sebuah rumah yang indah . Lenggai terus masuk ke dalam rumah itu dan dilihatnya seorang perawan sedang menyediakan makanan .
"Oh!"
Gadis itu sangat terperanjat meliha t Lenggai berada di dalam rumahnya .
"Jangan takut , saya tidak akan mengapa-apakan kamu . Saya tidak tahu di mana saya sekarang . Saya memerlukan makanan dan tempat tidur untuk malam ini , " terang Lenggai .
Perawan itu mempersilakan Lenggai duduk dan dia memberikan Lenggai sedikit makanan . Ketika Lenggai sedang makan , perawan itu menceritakan bahawa dia adik bongsu kepada tujuh orang adik-beradik yang tinggal dalam rumah itu . Enam orang kakaknya telah keluar bekerja di sawah . Lenggai pula kemudiannya menceritakan apa yang telah dialaminya . Lewat petang itu keenam orang kakak perawan itu pun pulang . Mereka semuanya sangat senang hati menerima kedatangan Lenggai dan melayaninya dengan baik .
Semenjak hari itu Lenggai pun tinggal bersama-sama perawan tujuh beradik itu. Setiap hari apabila keenam-enam perawan itu pergi ke sawah, Lenggai tinggal di rumah menjaga adik mereka yang bongsu itu. Setelah beberapa lama perawan bongsu jatuh cinta kepada Lenggai.Pada suatu hari dia memberitahu akan perasaannya itu kepada kakak-kakaknya. Mereka semuanya bersetuju perawan bongsu berkahwin dengan Lenggai. Lenggai juga bersetuju dengan cadangan itu.
"Kamu nanti akan menjadi sebahagian daripada keluarga ini," jelas kakak yang sulung.
"Sekarang masanya telah tiba untuk kamu mengetahui bahawa sebenarnya kami tujuh beradik daripada Bintang Tujuh. Adik bongsu kami ini dinamakan Bintang Banyak. Saya tidak boleh memberitahu kamu lebih daripada ini. Sayangilah adik bongsu kami ini kerana dia sangat kami sayangi."
Maka seminggu kemudiannya, majlis perkahwinan Lenggai dengan Bungsu Bintang Banyak pun diadakan. Ramai orang kampung di rumah-rumah panjang yang berdekatan dijemput untuk meraikan majlis itu.Beberapa tahun berlalu. Lenggai dan Bungsu Bintang Banyak mendapat seorang anak laki-laki yang diberi nama Selamuda. Lenggai menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang sementara isterinya dan kakak-kakaknya bekerja di sawah.Sememangnya sejak awal lagi, Lenggai telah diberi amaran supaya tidak membuka penutup tajau yang terletak di sudut rumah itu.
"Wahai suamiku, berjanjilah bahawa abang sama sekali tidak akan membuka penutup tajau ini," pesan Bungsu Bintang Banyak.
"Jika abang membukanya juga, akibatnya amatlah buruk sekali."
Lenggai mematuhi kata-kata isterinya. Walau bagaimanapun, oleh kerana selalu diingatkan berulang kali, Lenggai berasa ada sesuatu yang ganjil dalam tajau itu. Perasaan ingin tahunya datang dengan mendadak.
Pada suatu hari hanya Lenggai dan anaknya sahaja yang tinggal di rumah. Lenggai merenung tajau itu beberapa kali. Perasaan ingin tahunya memuncak dan Lenggai tidak boleh bersabar lagi. Dengan cermat dia membuka penutup tajau itu. Alangkah dahsyatnya! Melalui mulut tajau itu dia dapat melihat beribu-ribu orang manusia sedang sibuk menanam padi. Apa yang anehnya mereka kelihatan jauh sekali di bawah. Lenggai menyedari kini dia berada di suatu tempat yang tinggi, seolah-olah di sebuah negeri di awang-awangan.Lenggai runsing sekali dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu siapa mereka itu. Merekalah manusia di bumi dan semuanya sedang bekerja dengan tekun.
Pada petangnya, apabila isteri dan keenam orang kakaknya pulang dari sawah, Lenggai tidak memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya. Semasa waktu makan, Lenggai kelihatan sedih dan bimbang. Dia makan sedikit sahaja. Bungsu Bintang Banyak mengesyaki sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Dia segera bertanya kepada Lenggai:
"Suamiku, adakah abang membuka tajau itu?"
Lenggai hanya mendiamkan diri. Setelah disoal beberapa kali akhirnya Lenggai mengaku membuka tajau itu dan menceritakan apa yang telah dilihatnya.
"Isteriku, kejadian itulah yang mengganggu fikiranku," Lenggai menjelaskan.
"Oh suamiku, bukankah telah kuberitahu supaya jangan membuka penutup tajau itu? Abang telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan," Bungsu Bintang Banyak berkata dalam tangisan.
"Sekarang abang tidak dapat lagi tinggal bersama kami."
Bongsu Bintang Banyak menangis teresak-esak sambil menimang anaknya.
"Anakku, oh anakku, tidak pernah ibu terfikir kita akan berpisah. Sekarang sudah tibalah masanya. Oh! Betapa beratnya penderitaanku," tangis Bungsu Bintang Banyak.
Maka pada keesokan harinya isteri Lenggai dan keenam orang kakaknya menyediakan persiapan untuk menurunkan Lenggai dan anaknya ke bumi melalui mulut tajau itu. Mereka semua bertangis-tangisan. Sebelum berpisah, kakak Bungsu Bintang Banyak yang tertua menjelaskan selanjutnya:
"Lenggai, tahulah kamu bahawa kami berasal dari Bintang Tujuh. Kami memberi petunjuk kepada peladang di bumi. Carilah kami dalam kegelapan sebelum terbit fajar. Apabila kamu ternampak kami di langit, mulalah segera menanam padi."
Jika kami telah tidak lagi kelihatan di langit apabila kamu mula menanam, maka hasilnya tidak akan banyak, malahan apa jua yang kamu tanam tidak akan memberi hasil. Semasa berada di sini, kami telah melihat kami tidak pernah tinggal di rumah hanya Bungsu Bintang Banyak sahaja yang berada di rumah.Bungsu Bintang Banyak juga mengingatkan suaminya supaya menurut nasihat kakaknya itu dan menceritakan pula kepada anaknya supaya kedudukan Bintang Tujuh akan sentiasa menjadi petunjuk kepada petani di bumi.
Setibanya di bumi, Lenggai menceritakan semua pengalaman yang dialaminya kepada orang-orang kampung. Dia menceritakannya dari masa dia meninggalkan kampung untuk mencari buah ajaib sehinggalah masa dia berkahwin dengan adik bungsu Bintang Tujuh.Semenjak hari itu, kononnya, padi akan mula ditanam apabila kelihatan Bintang Tujuh mengerdip di langit.

Lebai Malang

Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal di sebuah dusun.
Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki ke rumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh hendak berdikir kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga ke rumahnya.
Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya.
Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja yang lain-lain.
Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah ke rumah orang yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi menanamkan orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya.
Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai ke sana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu, katanya, ah, ah ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali.
Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menuju ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang baru lepas berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis.
Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya. Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai tempat ia memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira.
Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya di bawah itu sudah digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu.
Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu pun masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun oleh tersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka sianjing sial itu pun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, mengonggong bungkusan itu dengan pantasnya masuk ke dalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercengang-cenganglah mengintai anjing itu ke sana ke mari.
Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badannya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke atas pohon kayu yang berhampiran di situ. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala perkara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.
Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari goloknya dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, kalau secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu.
Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak demikian ini, seperti laku orang gila? Ke mana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya. Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya ke belakang Pak Lebai seraya berkata:
' Lebai nasib langkahan malang,
Ke hulu hilir penat berulang
Celaka sial bedebah jembalang
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.'
Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula:
' Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing.
Penat berkejar tidak terkira,
Ke sana ke mari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang ke rumah mendapat mara.'
Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya.

21.12.10

Anjing Dengan Bayang-Bayangnya.


Ketika perniaga daging itu sibuk melayan pelangagnnya,anjing liar itu segera melompat menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar sepotong daging.kemudian,ia segera melarikan diri.
''Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging aku!''Jerit perniaga daning dengan marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya.Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tdak dapat mengejarnya.
Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai.Setelah pasti keselamatannya terjamin,ia berhenti dengan termengah-mengah.
''Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia menjenguk ke dalam sungai,ia berasa sunguhterkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggoggong sepotong daging yang lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri.'Aku mesti mendapatkan dagingnya itu,' fikir anjing liar itu.
Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu.Namun malang baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya,daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.
''Ahhh…bodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku ada.Bersikap tamak hanyalah merugi kan diri sendiri…''rungut si anjing liar itu.Ahitnya anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.


Tahukah anda...? (Part II)

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu  kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

19.12.10

Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini?"

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "Sabun Baba."

"Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?"

" Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?"

"Minyak Wangi Baba."

"Shampoo?"

"Shampoo Baba."

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat."

Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya."


---- sumbangan: Babas

Perubahan Yang Membawa Kejayaan


"Makcik Leha mana kasut Siti?"tanya Siti Zuriah kepada pembantu rumahnya." "Saya tidak tahu cik"balas pembatu rumah Siti dengan lembut. Leha nama panjangnya Zaleha pembantu rumah Puan Asyikin dan Encik Amran iaitu ibu dan ayah kepada Siti Zuriah. Makcik Leha berasal dari Indonesia telah berkerja dengan Puan Asyikin dan Encik Amran selama 9 tahun. Siti Zuriah pula berumur 11 tahun. Di sekolah, dia ditempatkan di kelas yang terakhir kerana dia seorang yang pemalas. Tiba-tiba Puan Asyikin keluar dari dapur dan berjalan menuju ke arah Siti sambil berkata "semalamkan Siti letak kasut Siti di pintu dapur kemudian bergegas pergi minum air sebab terlalu haus." Siti Zuriah teringat akan kejadian semalam dia terlupa membawa air ke sekolah dan pada waktu balik dia segera ke dapur mengikut pintu belakang untuk mendapatkan air daripada ibunya. Dia pun secepat kilat berlari menuju ke dapur untuk mendapatkan kasut sekolahnya kerana takut didenda kerana terlambat ke sekolah. Setelah siap, Pak Mat menghantar Siti kesekolah dengan menaiki kereta mewah yang cantik warnanya maklumlah Siti anak orang kaya. Setibanya di sekolah Siti berjumpa kawan rapatnya Nur Hanis untuk meniru kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. Hanis seorang budak yang nakal sama seperti Siti tetapi Hanis lebih pandai dari Siti. Selesai meniru Siti dan Hanis bersama kawan-kawan mereka yang lain bermain di dalam kelas. Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu pelajaran akan bermula. Mereka tidak menghiraukan bunyi lonceng tersebut. Tidak terdetik langsung dihati mereka untuk segera beratur. Cikgu Mariam selaku guru besar disekolah itu nampak kelakuan mereka dia segera menuju kearah mereka. Cikgu Mariam memanggil kesemua mereka dan dia merotan telapak tangan mereka sebanyak tiga kali. Murid-murid di sekolah itu kebanyakannya takut dengan Cikgu Mariam kerana Cikgu Mariam terkenal seorang yang garang termasuklah Siti Zuriah.

Matapelajaran matamatik akan dimulakan ia adalah matapelajaran yang paling dibenci oleh sesetengah murid kelas 5 Angerik iaitu kelas yang diduduki oleh Siti Zuriah. Hari ini Cikgu Maimunah guru matapelajaran matamatik tidak hadir ke sekolah kerana sakit dan akan diganti oleh Encik Mahmud yang dikenali sebagai guru yang garang dan tegas. Siti Zuriah paling gerun apabila belajar dengan Encik Mahmud. Hari ini juga akan diadakan ujian bulanan bagi bulan Januari. Siti Zuriah langsung tidak mengendahkan ujian itu dia merasakan ujian itu tidak penting buat dirinya. Pada ujian bulanan sebelum ini, Siti memang gemar menggangu rakannya tetapi pada hari ini dia tidak mengganggu rakannya kerana Encik Mahmud selalu memerhatikannya. Waktu ujian bagi matapelajaran matamatik hampir tamat tetapi Siti masih belum menyelesaikan kertas ujian itu dia cuma menconteng kertas ujian itu dan melukis gambar kartun. Setelah ujian tamat Encik Mahmud pun mengutip kertas ujian dari murid-murid kelas itu. Setelah habis mengutip kertas ujian, dia pun keluar dari kelas, sebelum itu ketua kelas telah mengucapkan terima kasih dan diikuti seramai 34 orang murid.

Matapelajaran seterusnya akan bermula. Ayuni adalah seorang murid yang pendiam di dalam kelas itu, dia selalu diganggu oleh beberapa orang murid termasuk Siti. Setelah loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula, Ayuni akan ke kantin bersama teman baiknya iaitu Tasya dan Masliyana yang juga baik tingkah lakunya. Mereka dimasukkan ke kelas itu kerana gagal dalam matapelajaran Sain dan Bahasa Ingeris pada tahun lepas. Masliyana dan Tasya juga sering diganggu oleh Siti dan kawannya.

Pada waktu balik, Siti akan dijemput oleh Pak Mat. Setelah sampai di hadapan pintu, Makcik Leha terus mengangkat beg sekolah Siti. Pada waktu itu ibu dan ayah Siti belum pulang pada setiap hari, ibunya akan pulang pada pukul 5.30 petang dan bapanya pula pada pukul 9.00 malam. Ibu dan ayah Siti selalu memanjakannya kerana Siti adalah anak tunggalnya. Setelah pulang dari sekolah, dia terus mengganti baju dan menonton television. Itulah tabiat buruk Siti, dia tidak pernah mengulang kaji pelajaran. Dia juga langsung tidak memikirkan peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Dia juga selalu bermain tanpa menghiraukan masa yang ditetapkan oleh ibunya untuk belajar. Puan Asyikin selalu juga menasihatkan Siti agar rajin belajar supaya dia akan menjadi lebih cerdik. Tetapi nasihat itu bagaikan mencurah air ke daun keladi, Siti langsung tidak menghiraukan nasihat itu malah makin bertambah malas perangainya. Puan Asyikin dan Encik Amran juga sudah pening dibuatnya.Setelah satu minggu berlalu, Cikgu Maimunah akan memberikan kertas ujian Matamatik yang diadakan pada minggu lepas pada hari ini. Dengan markah tertinggi iaitu 80 diperolehi oleh Ayuni, 77 seri oleh Masliyana dan Tasya dan seterusnya hinggalah yang terakhir 0 diperolehi oleh Siti. Cikgu Maimunah dengan suara yang lembut menasihati Siti, " Siti saya sudah lama memerhatikan kamu, kamu bagaikan tidak mahu belajar dalam semua matapelajaran. Bukan cikgu tidak tahu, ramai guru yang memberitahu cikgu perangai kamu. Cikgu bukan nak marahkan kamu, cuma nak beri nasihat sedikit yang kamu harus belajar bersungguh-sungguh kerana lagi 1 tahun sahaja kamu akan menghadapi UPSR. Ibubapa kamu bersusah payah membayar yuran sekolah kamu." Setelah pulang kerumah, Siti memikirkan apa yang dicakapkan oleh Cikgu Maimunah tadi. Dia merasa menyesal kerana selalu bermain dan tidak menghiraukan pelajarannya. Dia mula menyemak buku teks Matematik dan Bahasa Malaysia. Sejak hari itu Siti tidak lagi bermain ketika cikgu sedang mengajar.Dia mula memberi tumpuan didalam kelas. Dia juga tidak lagi berkawan rapat dengan rakannya seperti Nur Hanis. Dia telah berubah hati dan mula berkawan dengan Tasha, Ayuni dan Masliyana. Hari berganti hari, prestasi Siti semakin meningkat. Cikgu Maimunah berasa kagum dengan Siti. Kini sudah setahun dia di kelas 5 Angerik. Dia akan dimasukkan ke dalam kelas 6 Mawar iaitu kelas kedua yang terpandai bersama kawan baiknya kerana markah kertas peperiksaannya memuaskan. Siti juga mula berminat untuk memasuki kelas tusyien. Prestasinya juga semakin meningkat dia mula mendapat A dalam pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu dan B dalam pelajaran Sain dan Bahasa Inggeris. Kini cuma tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum UPSR dijalankan. Siti makin berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai 5A dalam UPSR. Hari berganti hari kini percubaan UPSR dijalankan Siti mendapat 4A1B. Dia merasa gembira kerana markah matapelajaran Sain semakin meningkat. Sewaktu UPSR dijalankan Siti menjawab dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Dia yakin akan mendapat 5A. "Mak, Siti dapat 5A dalam UPSR!!!" kata Siti kepada ibunya dengan gembira setelah mendapat keputusan UPSR daripada gurunya. Ayuni dan Tasha turut memperoleh 5A dan Masliyana memperoleh 4A1B. Makcik Leha dan Pak Mat turut gembira di atas kejayaan Siti.


18.12.10

Teka-Teki Lapuk

1.Benda apa kalau bergerak sedikit manusia lari lintang-pukang ???

2.''Setahun'' dia ada,

''Sebulan'' dia ada,

''Sehari'' dia ada,

''Sejam'' dia ada,

''Seminit'' dia tiada,

''Sesaat'' dia ada, apa dia tu ???

3.Gajah terbang dengan apa ?

4.Apa yang jauh di mata dekat di hati ?

5.Siapa yang menemukan dompet kulit?

6.Binatang apa seluruh anggota badannya kat kepala?

7.Apa persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?

8.Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?

9.Kenapa pokok kelapa di depan rumah harus ditebang?




Jawapan disini

Diam Ketika Makan


Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"

Lelaki Sengau dan Pemandu Bas



Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut...
"Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu...
"kenapa awak diam tadi? kesian dia…"

Pemandu itu pun menjawab...
"Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!…….."
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…

14.12.10

Tahukah Anda



1. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
2. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
3. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.
4. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
5. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda.......... walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.


Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

" Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan," katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

"Saya akan membawa makanan," kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Diubahsuai dari buku Baiknya Kawan


11.12.10

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH


Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang tinggal agak terpencil dari orang ramai. Si suami bernama Pak Ali dan Si Isteri bernama Mak Labu. Sungguhpun sudah lama mereka berumah tangga tetapi mereka masih belum mempunyai cahaya mata.

Pada suatu hari Pak Ali telah berterus terang dengan isterinya. "Labu, aku berhajat hendak b
eristeri seorang lagi kerana berkehendakkan anak, walaupun sudah lama engkau menjadi isteri aku tetapi engkau tidak dapat melahirkan anak."
"Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang berkahwin lain walaupun berat rasa hati ini," beritahu Mak Labu terus terang.


"Terimakasih atas kerelaan engkau itu Labu. Aku akan bersifat sama adil bila aku beristerikan seorang lagi nanti," janji pak Ali.


Akhirnya Pak Ali pun beristeri baru. Isteri barunya itu bernama Mak Kundur. Walaupun mereka bermadu tapi mereka tinggal serumah. Tepat seperti dijanjikan, Pak Ali melayan isteri-isterinya itu seadil-adilnya.


Setelah setahun berkahwin, dengan tidak disangka-sangka isteri tuanya yang disangka mandul itu mengandung empat bulan dan isteri mudanya mengandung tiga bulan.


"Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi aku akan mendapat dua orang anak sekaligus," fikirnya dalam hati.


Apabila sampai masanya, kedua-dua orang isterinya itu pun melahirkan anak. Kedua-duanya anak perempuan belaka. Anak Mak Labu diberi nama Bawang Merah dan anak Mak Kundur bernama Bawang Putih. Nama-nama itu diambil sempena dengan tanaman Pak Ali yang sangat subur pada masa itu iaitu bawang merah dan bawang putih. Semenjak itu juga nama kedua-dua isterinya ditukar menjadi Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih. Masa terus berlalu. Kini umur kedua-dua anaknya telah mencapai dua belas tahun. Rupa kedua-dua gadis itu sangatlah cantik. Memang sukar anak-anak gadis di kampung itu hendak mengatasi kecantikkan Bawang Merah dan Bawang Putih. Tetapi kalau ditanya kepada Mak Bawang Putih siapakah yang lebih cantik, tentu Mak Bawang Putih akan menjawab Bawang Putih yang cantik. Jika ditanya kepada Mak Bawang Merah, Mak Bawang Merah akan menjawab yang kedua-duanya sederhana tidak ada siapa yang lebih cantik.
Tentang perangai pula, didapati Bawang Putih lebih nakal dan jahat. Disuruhnya Bawang Merah memasak nasi dan membuat kerja itu dan ini. Kalau di hadapan Pak Ali, Bawang Putih pandai pula bermuka-muka membuat kerja.


Pada suatu hari Pak Ali pergi mengail ikan dengan Bawang Merah. Hari itu nasib Pak Ali kurang baik kerana entah bagaimana Pak Ali disengat oleh seekor ikan sembilang yang baru sahaja mengena kailnya. Pak Ali memanggil anaknya Bawang Merah membantunya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat disengat oleh ikan itu. Dengan perasaan yang cemas, Bawang Merah memapah bapanya pulang ke rumah.


Apabila sampai di rumah, kedua-dua isterinya terperanjat melihatkan Pak
Ali pulang dalam kesakitan. Mak Bawang Merah pergi menjemput Pawang Jidun iaitu seorang pawang yang terkenal di kampung itu. Pawang Jidun pun mengubat Pak Ali secara perubatan tradisional. Oleh kerana ajalnya telah sampai, perubatan Pawang Jidun tidak memberi apa-apa kesan. Pak Ali pun meninggal dunia. Pemergian Pak Ali yang kekal abadi itu ditangisi oleh keluarganya.


Semenjak Pak Ali meninggal dunia, perselisihan dan pergaduhan diantara Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih selalu sahaja terjadi. Sebab utama tentulah hal anak-anak kerana mereka tinggal serumah jadi selalu sajalah mereka bertengkar.


Mak Bawang Putih sangat benci kepada Mak Bawang Merah. Dia sentiasa sahaja mencari peluang untuk menghapuskan Mak Bawang Merah. Pada suatu hari, peluang yang ditunggu-tunggu selama ini terbuka. Apalagi hanya mereka berdua sahaja yang berada ditempat itu. Kebetulan Mak Bawang Merah sedang menceduk air di perigi lama. Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan terus menolak Mak Bawang Merah ke dalam perigi. Oleh kerana perigi itu dalam, dia terus tenggelam dan lemas. Perigi itu jarang digunakan. Selalunya mereka menggunakan perigi di hadapan rumah mereka.


"Mampuslah engkau!" jerit Mak Bawang Putih dengan geramnya.


Tiga jam berlalu tetapi Bawang Merah masih belum tahu kemana emaknya pergi. Sedang dia termenung dan bersedih hati memikirkan ibunya, tiba-tiba Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya lalu Bawang Merah pun jatuh pengsan di situ juga dengan berlumuran darah keluar dari hidung dan mulutnya. Mak Bawang Putih yang tidak menaruh belas kasihan apabila melihat Bawang Merah pengsan itu, terus mengajak anaknya bersama-sama pergi ke rumah saudaranya.


Tidak berapa lama selepas itu, Bawang Merah tersedar dari pengsan. Dia menangis tersedu-sedu sambil memangggil-manggil nama emaknya. Puas dipanggil dan dicari namun tidak ada. Dia juga hairan kerana Mak Bawang Putih dan Bawang Putih juga tidak ada di rumah. Hari sudah malam tidak ada sesiapa yang pulang. Bawang Merah merasa cemas tinggal keseorangan diri di rumah yang di kelilingi hutan tebal itu. Pintu rumah dikunci rapat-rapat. Setelah jauh malam akhirnya dia pun tertidur.
Dalam tidurnya dia bermimpi ibunya datang kepadanya dengan memakai telekung putih. "Anakku bawang Merah! Mak telah mati ditolak ke dalam perigi lama oleh Mak Bawang Putih semasa mak menceduk air. Mak tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu terhadap Mak. Ingatlah anakku, kau jagalah diri mu dari telatah Mak Bawang Putih yang ganas itu. Sekarang Mak hendak pergi dahulu. Kau tinggallah baik-baik."


Sebaik sahaja emaknya meminta diri, Bawang Merah pun terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling mencari-cari emaknya. Mulutnya memanggil-manggil "Mak…….Mak."


Namun tidak ada jawapan, barulah dia sedar rupanya dia bermimpi, dia menangis sekuat-kuat hatinya kerana dia pecaya segala kata-kata dalam mimipinya tadi dan tambahan pula dengan sikap Mak Bawang Putiah yang memukulnya dan meninggalkannya itu.


Esoknya, pagi-pagi lagi dia pergi ke perigi tersebut. Tanpa disedari air matanya membasahi kedua belah pipinya sambil mulutnya bersuara. "Mak……..Mak."

Sedang Bawang Merah bersedih memerhati ke dalam perigi itu, dengan kehendak Allah tiba-tiba timbullah seekor ikan kaloi. Ikan itu boleh berkata-kata:"Wahai anakku Bawang Merah. Akulah mak engkau. Mak telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak Bawang Putih. Engkau datanglah bermain dengan mak pada tiap-tiap hari. Bawalah makanan untuk mak sekepal nasi melukut dan sayur keladi." Kemudian ikan itu tidak dapat berkata lagi untuk selama-lamanya.


Setelah itu Bawang Merah pun pulang ke rumah. Bila sampai di rumah didapati Mak Bawang Putih dan Bawang Putih sudah menunggu dengan muka bengis.


"Ke mana engkau pergi?"


Mak cik, saya sedang mencari mak saya," jawab Bawang Merah.


"Mak engkau sebenarnya telah mati kerana jatuh ke dalam perigi. Aku telah berusaha hendak menolongnya tetapi tidak terdaya," jawab Mak Bawang Putih berbohong.


Bawang Merah tidak berkata apa-apa. Dia tidak percaya dengan kata-kata Mak Bawang Putih. Dia yakin dengan mimpinya malam tadi dan percakapan ikan kaloi di perigi sebentar tadi.


"Lekas pergi ke dapur dan masak untuk kami. Ingat! Mulai hari ini kami berdua menjadi raja dalam rumah ini, kami tidak mahu membuat apa-apa kerja. Segala kerja seperti memasak, mencuci kain dan mengemas rumah adalah tugas engkau!" beritahu Mak Bawang Putih dengan sombong.


Bawang Merah terpaksa menurut sahaja perintah itu. Tiap-tiap hari tidak ada peluang langsung dia hendak berehat, asyik dengan membuat kerja sahaja.


Bagaimanapun pagi-pagi lagi sebelum Mak Bawang Putih dan Bawang Putih bangun dari tidur, dia sudah pergi ke perigi. Lalu dia bergurindam memanggil ibunya:


"Mak….Mak…..Ikan kaloi,


Timbullah Bawang Merah datang,


Nasi melukut sayur keladi,


Untuk mak makan di pagi hari."


Sebaik sahaja Bawang Merah bergurindam, ikan kaloi itu pun timbul lalu Bawang Merah pun memberi makan. Setelah selesai Bawang Merah pun pulang.


Pada mulanya perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa. Dua minggu selepas itu, rahsia itu pecah juga. Pagi itu Bawang Putih bangun dari tidur terlebih awal kerana hendak membuang air kecil. Selepas buang air, dia terdengar suara orang bergurindam. Perlahan-lahan dia mengintai di sebalik semak.
"Oh, di sini rupanya si Bawang Merah datang hari-hari. Akan aku perhatikan apa yang dibuatnya disini." bisik Bawang Putih.


Dia dapat melihat dan mendengar segala-galanya yang berlaku. Lantas dia cepat-cepat pulang dan mengadu kepada emaknya.


"Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu!" kata mak Bawang Merah. Segala rangkap gurindam itu dihafal oleh Mak Bawang Putih. Pada waktu tengah hari ketika Bawang Merah sedang bekerja di rumah, Mak Bawang Putih pergi ke perigi itu dan membawa sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Mak Bawang Putih pun bergurindam:


"Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari."


Ikan itu tidak timbul. Mak Bawang Putih bergurindam lagi. Tidak timbul juga. Kemudian Bawang Putih pula yang bergurindam. Tidak juga timbul. Bawang Putih bergurindam lagi. Barulah ikan itu timbul. Sebaik sahaja ikan itu timbul, ikan itu pun disauk dengan penyauk. Secara diam-diam mereka membawa balik ikan itu.


"Bawang Merah, tengah hari ini biarlah Mak Cik masak. engkau pergi cari kayu api," katanya kepada Bawang Merah.


"Baiklah Mak Cik."


Sepeninggalan Bawang Merah, Mak Bawang Putih pun menggulai ikan itu. Bila Bawang Merah pulang dari mencari kayu api, dia terus dipelawa makan nasi berlaukkan ikan gulai tadi. Berselera sekali nampaknya dia memakan ikan itu.
Keesokkan paginya seperti biasa Bawang Merah pergi ke perigi untuk memberi iakn kaloi itu makan. Dia bergurindam. Tapi berkali-kali dia mengalunkan gurindam ikan kaloi itu tidak timbul-timbul. Dia pun menangis teresak-esak kerana ikan kaloi tidak lagi timbul. Sedang dia menangis tiba-tiba terdengar satu suara ghaib …


"Tidak usahlah engkau menangis Bawang Merah. Ikan kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Putih dan sudah dibuat gulai yang engkau makan semalam. Dan sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan tanamlah." kemudian suara itu pun hilang.



Sebaik saja suara itu ghaib, Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan memukulnya dengan kayu.



"Anak sial! Apa yang engkau buat di tepi perigi ini? Oh, engkau hendak berjumpa mak engkau ikan kaloi itu ya! Semalam yang engkau makan itulah ikan kaloi mak engkau! Lekas balik ke rumah dan masak nasi" herdik Mak Bawang Putih.


Setelah selesai memasak nasi, dengan senyap dia turun ke bawah rumah untuk mencari tulang-tulang ikan itu. Puas dia mencari, barulah berjumpa tulang-tulang itu dihimpun dan ditanam di atas bukit jauh sedikit dari rumahnya. Atas kehendak Allah Taala, dalam masa sebulan sahaja tukang-tulang ikan itu menjadi sepohon pohon beringin yang rendang. Dia menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Ketika ada masa lapang, dengan diam-diam dia bermain buaian disitu. Sambil berbuai dia akan menyanyi:


Tinggi-tinggi pohon beringin
Kalau tinggi menyapu awan
Kalau rendah menyapu bumi
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku yatim piatu




Dengan berbuat demikian dapatlah juga meghiburkan hatinya yang sedang gelisah. Pada ketika itu ada seorang raja sedang berburu. Baginda diiringi oleh beberapa orang hulubalangnya. Sudah dua hari dua malam baginda berburu tetapi tidak mendapat seekor binatang buruan pun. Namun begitu baginda tetap sukacita. Perangainya berbeza dari biasa. Biasanya kalau dalam keadaan begitu baginda sangat murka dan terus mengajak pengiring-pengiringnya pulang sahaja. Perubahan perangai baginda itu sangat luar biasa.



Pada pagi yang ketiga mereka berburu lagi. Tiba-tiba melintas di hadapan baginda seekor rusa. Dengan pantas baginda memanah tetapi tidak kena. Biasanya kalau seperti itu, rusa itu sudah tentu terkena anak panah baginda.



Baginda memerintah hulubalang-hulubalangnya mengejar rusa itu sambil mencari binatang buruan yang lain. Namun segala-galanya hampa. Sedang mereka berjalan-jalan, salah seorang hulubalang mendengar suara seorang perempuan menyanyi.

"Datuk Menteri, cuba dengar suara perempuan sedang menyanyi!" kata hulubalang kepada Datuk Menteri.



"Mengarut engkau ini. Dalam hutan begini mana ada perempuan menyanyi!" jawab Datuk Menteri.



"Cuba Datuk dengar sendiri."



"Jangan-jangan suara hantu!" kata Datuk Menteri.



Mereka bersepakat hendak menghampiri ke tempat suara itu, akhirnya mereka dapat melihat penyanyi itu ialah Bawang Merah. Kerana wajah Bawang Merah yang sangat cantik mereka berpakat hendak mempersembahkan pertemuan itu kepada tuanku kerana tuanku raja masih belum beristeri.



Bawang Merah terasa dirinya sedang diintai. Dia pun cepat-cepat lari pulang. Dua orang hulubalang tadi mengekori Bawang Merah secara sulit untuk mengetahui rumahnya.


Kemudian mereka pun persembahkan perkara itu kepada baginda. Baginda sangat senang hati mendengar cerita itu. Mereka pun beramai-ramai pergi ke rumah Bawang Merah.

"Assaalamualaikum."

"Waalaikumussalam."jawab Mak Bawang Putih.

"Tuan hamba, sebentar tadi kami melihat ada seorang gadis cantik sedang bermain buaian di bukit sana." Kata Datuk Menteri.
"Gadis cantik? Oh..memang ada dia anak patik," jawab Mak Bawang Putih.
Maka mak Bawang Putih pun memanggil Bawang Putih keluar untuk mengadap Datuk Menteri.
"Bukan ini. Yang lain. Dia lebih cantik!" jawab Datuk Menteri.
" Yang seorang lagi ada tapi dia orang gaji patik" jawab Mak Bawang Putih.
Bila mak Bawang Putih menarik Bawang Merah mengadap Datuk Menteri tiba-tiba Datuk Menteri menjerit.
"Haa inilah orangnya! Dialah yang berbuai dan menyanyi dengan merdunya!"
"Menyanyi?" fikir Mak Bawang Putih.
"Tuanku, kalau dalam soal menyanyi anak patik Bawang Putih lagi pandai."


Untuk itu baginda sultan hendak membuat ujian di hadapan orang ramai. Mula-mula Bawang Putih dahulu yang menyanyi. Bawang Putih belum pernah menyanyi dan menaiki buaian lalu merasa kekok sekali. Hendak naik ke atas buaian pun teragak-agak. Kemudian dia pun menyanyi. Suaranya sumbang dan tidak ada irama langsung. Senikatanya pun tidak ada erti langsung.


Tiba pula giliran Bawang Merah. Secara senang sahaja dia menaiki buaian. Buaian itu tidak perlu dihayun. Ia berbuai sendiri semakin lama semakin laju. Nyanyiannya pula sangat merdu. Sama seperti yang di dengar oleh Datuk Menteri dan hulubalang-hulubalang. Dengan itu baginda sultan pun bersetuju menjadikan Bawang Merah permaisuri baginda.
"Apakah ini orang gaji Mak Cik?" tanya baginda.
"Ampun tuanku, sebenarnya dia ini anak tiri patik. Walaupun anak tiri, patik menjaga seperti anak sendiri".


Akhirnya berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku. Dia pun menjadi isteri kesayangan baginda dan telah berpindah di istana baginda. Walaupun begitu Bawang Merah tetap tidak menyisihkan Mak Bawang Putih dan Bawang Putih. Mereka tetap diajak tinggal bersama di istana.


Walaupun dapat tinggal di istana dengan segala kemudahan disediakan, namun iri hati dan jahatnya masih membara. Mak Bawang Putih ingin melihat Bawang Merah bercerai dengan baginda sultan dan mengambil anaknya Bawang Putih sebagai ganti.


BERSAMBUNG....

Sambungan Bawang Merah Bawang Putih

 .......sambungan....

Suatu hari dia masuk ke bilik Bawang Merah.
"Sungguh-sungguhkah kau sayangkan suamimu?" tanya Mak Bawang Putih kepada Bawang Merah.
"Kenapa Mak Cik tanya begitu? Takkan saya tidak sayang kepada suami!" jawab Bawang Merah.
"Begini, sebenarnya engkau ini tidak layak menjadi permaisuri kerana tidak berketurunan raja!"
"Benar kata makcik itu. Habis apa saya harus buat?"
Lalu diberi sebungkus miang buluh. Miang buluh itu disuruh tabur di seluruh tempat tidur baginda.
"Dengan cara ini baginda akan merasa sangat sayang kepada engkau dan baginda akan lupa sama sekali tentang keturunan engkau," kata Mak Bawang Putih. "Tetapi jangan beritahu yang Mak Cik suruh berbuat begitu," pesannya lagi.
Malam itu baginda hendak beradu. Oleh kerana terasa hangat, baginda membuka baju lalu merebahkan diri di atas katil.
"Aduh gatalnya! Miang rasanya. Apakah benda ini?"
"Kenapa kanda?" tanya Bawang Merah terperanjat.
"Apa yang adinda tabur di tempat tidur kanda ini?"
"Dinda tabur miang buluh untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita berdua."
"Dinda, dinda! Kenapalah dinda bodoh sangat!" keluh baginda sultan.

Di hari lain pula, Mak Bawang Putih masuk lagi ke bilik Bawang Merah untuk menghasut.
"Bagaimanakah miang buluh yang makcik suruh engkau tabur itu?"
"Saya telah lakukan dan nampaknya baginda murka juga tetapi tidak berpanjagan."
"Ini menandakan yang petua ini mulai berjaya kerana kalau baginda betul-betul murka, tentu dihalaunya engkau," kata Mak Bawang Putih. "Ada sejenis lagi ubat kasih sayang yang engkau mesti lakukan terhadap baginda."
"Saya tidak mahu lagi makcik. Saya takut baginda murka!"
"Jangan jadi bodoh Bawang Merah. Selagi engkau tidak lakukan yang ini, kasih sayang engkau tidak akan berpanjangan."

Mak Bawang Putih berbisik kepada Bawang Merah. Bawang Merah terperanjat mendengarnya.
"Tidak makcik! Saya tidak mahu melakukannya!"

Mak Bawang Putih terus juga memujuk. Akhirnya Bawang Merah termakan pujuk. Dia pun mula melakukan apa yang diajar oleh Mak Bawang Putih itu.Dia mengambil sebilah kapak yang tajam. Digantung hulunya di atas palang pintu. Sebaik sahaja baginda membuka pintu, dia akan menghayun mata kapak itu. Sudah tentu akan mengena dahi baginda. Tidak lama lagi baginda akan masuk bilik. Bawang Merah bersedia dengan kapak yang tergantung itu. Baginda pun masuk. Kapak dihayun.

"Aduh kenapa ini dinda?" baginda berteriak kesakitan.
"Kanda!" Bawang Merah menerkam. Darah keluar dari dahi baginda akibat terkena mata kapak.
"Apakah yang dinda lakukan ini?" tanya baginda kehairanan.
"Untuk mengekalkan hubungan kasih sayang kita berdua!"
"Siapa yang mengajar semua ini?"
"Mm..Mm..Mak Bawang Putih."

Mak Bawang Putih disuruh menghadap baginda. Oleh kerana niat jahatnya itu masih tidak dihentikan, baginda menghalau Mak Bawang Putih dan anaknya Bawang Putih keluar dari istana. Maka dari itu terpaksalah mereka berdua bekerja semula untuk menyara hidup mereka.

Sekian..

9.12.10

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...


8.12.10

Umur Tinggal Enam Minggu


Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

7.12.10

Anjing Pintar

Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.

Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.

Perempuan 1: "Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan."

Perempuan 2: "Ya, aku tahu tu."

Perempuan 1: (hairan) "Dari mana kau tahu?"

Perempuan 2: "Anjing aku yang cerita."

Hilang Duit



Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis?"

Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)

Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."

Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."

Guru : "??!!!"

Katak dan Kodok


Ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak.

Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ? Kata Cikgu Mat.

Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Ali.

Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak marah cikgu Mat.

Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.

Kenapa? tanya Azwan. Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Ali sambil menunjukkan kodoknya. La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat. Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking : Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak.

5.12.10

BMW S1000RR