16.1.11

Istana Bunga

Dahulu kala, hiduplah raja dan ratu yang kejam. Kedua-duanya suka berfoya-foya dan menindas rakyat miskin. Raja dan Permaisuri ini mempunyai putra dan putri yang baik hati. Sifat mereka sangat berbeza dengan kedua-dua ibu bapa mereka itu. Putera Aji Lesmana dan Puteri rauna selalu menolong rakyat yang kesusahan. Kedua-duanya suka menolong rakyatnya yang memerlukan bantuan.

Suatu hari, Putera Aji Lesmana marah pada ayah bundanya, "Ayah dan Ibu jahat. Mengapa menyusahkan orang miskin?!"
Raja dan Permaisuri sangat marah mendengar perkataan putera mereka itu.
"Jangan menetapkan ibu bapa! Karena kau telah berbuat salah, aku akan menghukummu. Pergilah dari istana ini!" usir Raja.
Putera Aji Lesmana tidak terkejut. Justeru Puteri rauna yang tersentak, lalu menangis memohon kepada ayah bundamya, "Jangan, usir Kakak! Jika Kakak harus pergi, saya pun pergi!"

Raja dan Permaisuri sedang naik pitam. Mereka membiarkan Puteri rauna pergi mengikuti kakaknya. Mereka mengembara. Menyamar menjadi orang biasa. Mengubah nama menjadi Kusmantoro dan Kusmantari. Mereka pun mencari guru untuk mendapat ilmu. Mereka ingin menggunakan ilmu itu untuk menyedarkan kedua-dua ibu bapa mereka.

Kedua-duanya sampai di sebuah gubug. Rumah itu dihuni oleh seorang kakek yang sudah sangat tua. Kakek sakti itu dulu pernah menjadi guru datuk mereka. Mereka cuba mengetuk pintu.
"Sila masuk, Anak Muda," sambut datuk renta yang sudah tahu kalau mereka adalah cucu-cucu bekas muridnya. Namun datuk itu sengaja pura-pura tak tahu. Kusmantoro mengutarakan maksudnya, "Kami, kakak beradik yatim piatu. Kami ingin berguru pada Panembahan."

Kakek sakti bernama Panembahan Manraba itu tersenyum mendengar kebohongan Kusmantoro. Namun kerana kebijaksanaannya, Panembahan Manraba menerima keduanya menjadi muridnya.
Panembahan Manraba menurunkan ilmu-ilmu kerohanian dan kanuragan pada Kusmantoro dan Kusmantari. Keduanya ternyata cukup berbakat. Dengan cepat mereka menguasai ilmu-ilmu yang diajarkan. Berbulan-bulan mereka digembleng guru bijaksana dan sakti itu.

Suatu malam Panembahan memanggil mereka berdua. "Anakku, Kusmantoro dan Kusmantari. Untuk sementara sudah cukup kamu berguru di sini. Ilmu-ilmu yang lain akan kuberikan setelah kamu melaksanakan satu amalan."
"Amalan apa itu, Panembahan?" tanya Kusmantari.
"Besok pagi-pagi sekali, petiklah dua kuntum melati di sebelah kanan gubug ini. Lalu berangkatlah menuju istana di sebelah Barat desa ini. Berikan dua kuntum bunga melati itu kepada Putera Aji Lesmana dan Puteri rauna. Mereka ingin menyedarkan Raja dan Permaisuri, kedua-dua orang tua mereka. "

Kusmantoro dan Kusmantari terkejut. Namun keterkejutan mereka disimpan rapat-rapat. Mereka tak ingin penyamaran mereka terbuka.
"Dua kuntum melati itu berkhasiat menyedarkan Raja dan Permaisuri dari perbuatan buruk mereka. Namun syaratnya, dua kuntum melati itu hanya berkhasiat jika disertai kejujuran hati," mesej Panembahan Manraba.



Ketika menjelang tidur malam, Kusmantoro dan Kusmantari resah. Kedua-duanya memikirkan mesej Panembahan. Apakah mereka harus berterus terang kalau mereka adalah Putera Aji Lesmana dan Puteri rauna? Jika tidak berterus terang, bererti mereka berbohong, tidak jujur. Padahal kuntum melati hanya berkhasiat apabila disertai dengan kejujuran.

Akhirnya, pagi-pagi sekali mereka menghadap Panembahan.
"Kami berdua mohon maaf, Panembahan. Kami bersalah kerana tidak jujur kepada Panembahan selama ini."
Saya faham, Anak-anakku. Saya sudah tahu kamu berdua adalah Putera Aji Lesmana dan Puteri rauna. Pulanglah. Ayah Bundamu menunggu di istana. "

Setelah mohon pamit dan doa restu, Putera Aji Lesmana dan Puteri rauna berangkat menuju ke istana. Setibanya di istana, ternyata Ayah Ibu mereka sedang sakit. Mereka akan memeluk kedua-dua orang tua mereka yang berbaring lemah itu.

Puteri rauna lalu meracik dua kuntum melati pemberian Panembahan. Kemudian diberikan pada ayah ibu mereka. Ajaib! Seketika sembuhlah Raja dan Permaisuri. Sifat mereka pun berubah. Putera dan Puteri rauna sangat bahagia. Mereka meminta bibit melati ajaib itu pada Panembahan. Dan menanamnya di taman mereka. Sehingga istana mereka dikenali dengan nama Istana Bunga. Istana yang dipenuhi kelembutan hati dan kebahagiaan.


Nissan Cars Sporty

nissan cars


nissan cars


nissan cars


nissan cars

8.1.11

Tidak Akan Dihukum


Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

4.1.11

Mclaren Exotic Sport Cars

mclaren sport car
mclaren sport car concept


cool mclaren exotic sport car

mclaren sport car
mclaren sport car review

mclaren sport car
mclaren sport car exotic concept

mclaren sport car
fast mclaren sport car

2.1.11

Kia Sport Cars Coupe

kia sport cars
kia sport coupe cars

kia sport cars
kia sport cars coupe

kia sport cars
kia sport cars coupe concept

kia sport cars
fast kia sport cars coupe

kia sport cars
red kia sport cars

1.1.11

Cerita Lawak Pendek



Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Bahasa Inggeris

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Sudu

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.


Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.


Tiru

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".


Makan

cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................

30.12.10

Gembala Kambing

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat di pastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara tu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.

Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). "

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun Islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah Islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun Iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami Islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan ahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala ambing pun bercerita...

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong tu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi amba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!

Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun ampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk Islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.
Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.