26.12.09

Jom teka-teki



Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah sembahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMBAHYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Lari Jauh

"Ibu : "Fendi.. kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?"

Fendi : "Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian."

Ibu : "Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"

Fendi : "Fuad dan saya"

Ibu : "Cheh.. dasar penakut"

Cik Tina

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Kenapa Kamu Di Sini

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah

"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"

Masuk Penjara

Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman.
Mereka bernama Amin dan Susan
Susan: "Min, kenapa kau sedih?"
Amin: "Ayahku masuk penjara."
Susan: "Kenapa?"
Amin: "Ayah pecahkan kaca tingkap..."
Susan: "Hah...pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?"
Amin: "Dia pecahkan tingkap kapal selam."
Susan: "Patut le..."

Disebalik nama selebriti

Justin Timberlake - Pekerjaan nenek moyang beliau menimba {Timber} tasik {lake} untuk mendapatkan ikan.

David Beckham - Pengamal kaedah perubatan  tradisional iaitu bekam. Untuk menambah ciri-ciri omputih 'bekam' ditukar kepada 'Beckham'.

Clint Eastwood - Berketurunan pencari kayu {wood}api tapi di sebelah timur {east} sahaja.

David Copperfield - Pelombong tembaga {copper} di padang {field} sekolah.

Tiger Woods - Untuk menyara hidup  nenek moyang beliau mencari kayu {wood} api di hutan. Tetapi di baham harimau {tiger}

Britney Spears - Atuk kepada moyang beliau dulu adalah pembuat tombak {spear} senjata orang dulu-dulu.

Hugh Jackman - Juru jual peralatan jek kereta.

Peter Jackson - Juga menjual peralatan jek kereta. Malah ada teori mengatakan nenek moyang beliau dan Hugh Jackman merupakan rakan sekerja.

Dean Cain - Menjual kain di pasar malam.

Michael Ballack - Penebang kayu balak {Ballack}.

Bill Gates - Kontraktor pintu pagar {gate}.

Nicholas Cage - Pembuat sangkar {cage} burung.

Carlos Santana - Pembekal santan seluruh Mexico.

Jennifer Lopez - Menjual kuih lopes dan kuih lapis secara kecil-kecilan.

Halle Berry - Pengusaha ladang blueberry.

Eric Cantona - Drebar lori kontena.

Francis Light - Pekerja kedai lampu {light}.

Berita Baik

"Tahun ini ada berita baik, Ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.

"Berita baik apa?" tanya ayahnya.

"Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.

"Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.

"Bukan Ayah! Saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.

23.12.09

Eksiden

Pada suatu petang Dolah berborak kosong dgn Mat.....


Dolah: ko nak tau mat...

Mat  : ha.. pe nye?

Dolah: tadi de axcident moto kat depan warung si pak mat......

Mat  : innalilla....pe jdi....?

Dolah: tercabut mat....ya allah....

Mat  : eeee.... ngeri ak dengar dol!.....bahagian mane yang tercabut 2 dolah?

Dolah: kaki mat.....

Mat  :wow!...sakitnye!! kudong ar kakinye ye?

Dolah: x lah...

Mat  : abis? jari ke?

Dolah: x lah.....!!

Mat  : abis 2!!!!

Dolah:selipar...

21.11.09

Pilih nombor hari lahir

1 . Pilih bulan korang lahir:

Januari-------Aku cinta
Februari------Aku gigit
Mac--------Aku belasah
April----------Aku peluk
Mei----------Aku sepak
Jun----------Aku terkentot depan
Julai-----------Aku menari dengan
Ogos--------Aku pergi dating dengan
September----Aku lambai dekat
Oktober-------Aku muntah depan
November-----Aku jerit dekat
Disember-----Aku terlanggar


2. Pilih hari (nombor) korang lahir:

1-------mak aku
2-------komputer aku
3-------kereta jiran aku
4-------kucing
5-------kerusi
6-------gangster
7-------henfon aku
8-------kawan baik aku
9-------cikgu
10-------semut
11-------pisang
12-------polis
13-------buku
14-------patung barbie
15-------lembu
16-------makcik aku
17-------radio
18-------tv
19-------makcik kantin
20-------kasut sekolah
21-------upin dan ipin
22-------Siti Nurhaliza
23-------tupai
24-------Christiano Ronaldo
25-------buku teks
26-------kawan aku
27-------unta
28-------meja
29-------orang gila
30-------taylor swift
31-------awek cun

3. Pilih warna baju yang kau pakai:

Putih---------sebab aku perasan cantik
Hitam---------sebab aku gila
Pink-----------sebab aku suka single
Merah-----------sebab mak aku suruh
Biru-----------sebab aku tak tahan
Hijau---------sebab aku baik hati
Ungu---------sebab aku semangat
Kelabu----------sebab bomoh suruh
Kuning--------sebab aku dalam pertandingan
Oren--------sebab aku sakit hati
Coklat---------sebab aku tak tentu arah
Lain-lain----------sebab aku fikir aku hebat
4. Sekarang korang cantumkan
Contoh: korang lahir bulan 24 haribulan Oktober dan suka warna kelabu. Oktober - Aku muntah depan
24 - Christiano Ronaldo
Kelabu - sebab bomoh suruh

= Aku muntah depan Christiano Ronaldo sebab bomoh suruh

ha..ha..ha..

Lemah Bahasa Inggeris

Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?

Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

25.7.09

The Ultimate Motorbikes





Mitsubishi Lancer Evo 9






Mitsubishi Lancer Evo 8






Nissan Skyline







The Ultimate Cars